Kementerian Sumber Manusia dan juga Jabatan Imegresen Malaysia akan mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu membabitkan pengambilan pekerja asing dari negara itu dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Hamzah Zainuddin dalam sidang media yang diadakan bersama dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan hari ini, ia termasuk masalah membabitkan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) dan One Channel System (OCS) menerusi MoU yang dimerterai sebelum ini yang menjadi pertikaian.